Selasa, 6 Oktober 2015

Keratan Akhbar



BAB 2 : GURU DAN PERUNDANGAN



Pendahuluan

•Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan      sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang  lebih tinggi dan dihormati.
•Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam  (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi  panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam  melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.•Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami  sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun  dibuat pindaannya pada 2002.•Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi  dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara. 



Peraturan-peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002Peraturan-peraturan)



•Berkuatkuasa pada 20 Jun 2002.
•Pindaan ini melibatkan Peraturan 2 iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu”. Dalam peraturan ini, pindaan dibuat terhadap peraturan 2 dengan memotong subperaturan 2(2).
•Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.

•Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.


Untuk memastikan pegawai awam;

•Melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;
•Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri;
•Menjaga imej perkhidmatan awam; dan
•Yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum.

Rasional Peraturan Tatatertib


Untuk memastikan pegawai awam;
•Melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;
•Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri;
•Menjaga imej perkhidmatan awam; dan
•Yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum.


Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (Pindaan) 2002 (P.U.A.246)

•DiKuatkuasakan pada 20.6.2002, antara peraturan yang dimasukkan dalam peraturan ini adalah seperti yang berikut;
•Jenis-jenis kesalahan yang membolehkan diambil tindakan tatatertib.
•Jenis-jenis tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap pegawai yang melakukan kesalahan


Definisi


•Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua : tatatertib dapat didefinisikan sebagai peraturan yg mesti dipatuhi; disiplin.
•Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat : tindakan tatatertib pula dapat ditakrifkan sebagai hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar peraturan tatatertib perkhidmatan, organisasi dsb.

Jenis-Jenis Hukuman Tindakan Tatatertib


•Terdapat beberapa jenis tindakan tatatertib yang boleh dikenakan ke atas pegawai awam jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman. Berikut merupakan jenis-jenis tindakan tatatertib:
- Amaran -Turun Pangkat
- Denda -Buang Kerja
- Lucut Hak Emolumen -Tangguh Pergerakan Gaji

Amaran


•Amaran merupakan salah satu tindakan seorang guru itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tatakelakuan dan tatatertib.
•Amaran boleh diberi oleh seorang ketua jabatan atau pihak pentadbiran secara lisan atau bertulis.
•Amaran boleh diberikan kepada guru sebanyak 3 kali sebelum pihak sekolah mengambil tindakan yang seterusnya.








Jumaat, 18 September 2015

Guru dan Perundangan

                                                                   Assalammualaikum.



Golongan guru hendaklah memastikan martabat dan profesionalisme keguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 yang telahpun dibuat pindaannya pada 2002 bagi menjaga nama baik profesiĆ³n serta perkhidmatan awam.Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus difahami dengan teliti oleh golongan guru demi menjayakan matlamat pendidikan negara.

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002).

                                                       Pengenalan

Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi semua etika penjawat awam sepertimana yang termaktub di dalam Tatakelakuan (code of conducts) bagi semua penjawat awam seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D, Perintah Am (Warta kerajaan P.U.(A)395 pindaan 2002). Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain. 
                                         PERATURAN 3A

      Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
      dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar.

                                        PERATURAN 3B
Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan
 dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan, Naik Pangkat dan                         Penamatan Perkhidmatan.

                                         PERATURAN 3C

Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini.

Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

                                            PERATURAN 4 (1)

Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan. Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran peraturan 4(1) adalah seperti berikut:

           Bersubahat dengan musuh negara

           Membocorkan rahsia Kerajaan.

    Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan.

           Menjadi Anggota Jemaah Islamiah

           Menyertai Kesatuan Militan Malaysia


                                           PERATURAN 4(2) 

 Seseorang pegawai tidak boleh:

·            membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya

·  berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya

·          berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa

·   seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan /mencemar nama baik perkhidmatan awam

·            seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha

·             seseorang pegawai tidak boleh  tidak jujur atau tidak amanah

·              seseorang pegawai tidak boleh  tidak bertanggungjawab

·        membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar

·               membantah atau melawan pegawai atasan

·              cuai dalam melaksanakan tugasnya


                                         PERATURAN 6 :

                                             Pakaian

Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah seperti;

·                     Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar

·                     Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain

                                      PERATURAN 7:


 Menyalahgunakan Dadah, Perkhidmatan Pegawai Boleh ditamatkan Atas Kepentingan Awam [Peraturan 49]

Sekiranya pegawai mencapai umur persaraan pilihan. Contoh pelanggaran peraturan 7 adalah menghisap ganja, morfin, heroin atau menagih dadah.


                                            PERATURAN 9 : 

                              Menerima/ Memberi Keraian

Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima / memberi keraian sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi kerana ini bercanggah Peraturan 4. Contoh pelanggaran peraturan 9 pula adalah seperti kontraktor meraikan ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga tender seperti [keraian = belanja makan, hotel, tambang bercuti dan lain-lain].

                                           PERATURAN 11 :   

                 Menyenggara  Taraf  Hidup  Melebihi  Emolumen/
    Pendapatan Yang Sah.
Seseorang pegawai tidak boleh;

·                     menyenggara taraf hidup melebihi emolumen/ pendapatan yang sah.

·            menguasai/memiliki sumber kewangan atau harta yang tak seimbang atau tak munasabah dengan emolumen/ pendapatan yang sah.

                                             PERATURAN 12 :

 Meminjam Wang/ Menjadi Penjamin Tidak Boleh Meminjam Wang /  Menjadi Penjamin Kepada Mana-Mana Orang.

                                           
                                                    
                                                      PERATURAN 13 : 

                                         Keterhutangan Kewangan yang Serius

Peraturan 13.(1): 
Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.


         Seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius jika (a) agregat hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya pada bila-bila masa tertentu melebihi 10 kali emolumen bulanannya.

                                           PERATURAN 16 : 

               Tidak Boleh Terlibat Dalam Pasaran Hadapan


                                          PERATURAN 18 :

                                Penerbitan Buku dan Karya

Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. Antara CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 18 adalah seperti menulis/menerbit buku dengan menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit).

                                       PERATURAN 20 :  

                         Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal

Seorang penjawat awam adalah tidak boleh menjadi penyunting akhbar/ majalah/jurnal kecuali, penerbitan

·                     Jabatan

·                     Profesional

·                     Pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik

·                     Diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan


Rumusan:

Guru merupakan seorang penjawat awam yang memegang amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh kerajaan. Sebagai penjawat awam, guru perlu menunjukkan darjah profesional yang tinggi disamping sentiasa bertindak dan berkelakuan sepertimana yang dikehendaki oleh segala peraturan kelakuan dan tatatertib yang termaktub di dalam perintah am.


https://sahsiahcikgu.files.wordpress.com/2014/05/guru.jpg


Guru dan Undang-undang

Assalamualikum.



Sebagai seorang guru mesti mematuhi Peraturan Kelakuan dan tatatertib 1993 (Pindaan 2002).
Oleh itu, guru akan sentiasa berkelakuan baik dan bertatatertib mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Matlamat tatatertib:

- Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, bertanggungjawab. beramanah
- Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan mereka sendiri.
- Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam.
- Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) 
mengandungi peraturan-peraturan seperti berikut:

1. Peraturan mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta larangan / kesalahan khusus.
2. Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib.
3. Prosedur dan tindakan tatatertib.
4. Hukuman tatatertib.
5. Peruntukan pelbagai yang berkaitan.

2.1.1 Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Secara Umum:


2.1.2 Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat Dengan Kebenaran


2.1.3 Tindakan Tatatertib  

Hukuman akan dikenakan terhadap guru, jika guru tidak mematuhi peraturan yang termaktub dalam undang-undang.


2.2 AKTA PENDIDIKAN 1996

Akta pendidikan merupakan satu bentuk perundangan yang lengkap, kemas kini dan bersifat futuristik sebagai persediaan menghadapi Wawasan 2020.

Maklumat berkaitan Akta Pendidikan 1996:

i. Menegaskan ilmu merupakan penentu utama arah tuju negara dan penyelamat bangsa.
ii. Merupakan satu misi negara menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk memperkembangkan potensi individu.

2.2.1 Peraturan-Peraturan Pendidikan

 
  

2.2.2 Implikasi Akta Pendidikan 1996 Ke Atas Sistem Pendidikan Malaysia

a.  FPK menjadi landasan akta.
c.  Kurikulum diselaraskan.
d.  Peperiksaan yang sama.
e.  Pendidikan Islam dan prasekolah diperluas.
f.   Mutu pendidikan prasekolah dipertingkatkan.
g.  Pendidikan teknik dipertingkatkan ke sekolah menengah.
h.  Pendidikan guru diperkukuh.
i.   Pendidikan swasta berkembang dan menjadi lebih sistematik. 
j.   Pendidikan khas diberi tumpuan.
k.  Mengambil kira kepentingan pendidikan semua kaum.