Selasa, 6 Oktober 2015

BAB 2 : GURU DAN PERUNDANGAN



Pendahuluan

•Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan      sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang  lebih tinggi dan dihormati.
•Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam  (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi  panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam  melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.•Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami  sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun  dibuat pindaannya pada 2002.•Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi  dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara. 



Peraturan-peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002Peraturan-peraturan)



•Berkuatkuasa pada 20 Jun 2002.
•Pindaan ini melibatkan Peraturan 2 iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu”. Dalam peraturan ini, pindaan dibuat terhadap peraturan 2 dengan memotong subperaturan 2(2).
•Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.

•Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.


Untuk memastikan pegawai awam;

•Melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;
•Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri;
•Menjaga imej perkhidmatan awam; dan
•Yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum.

Rasional Peraturan Tatatertib


Untuk memastikan pegawai awam;
•Melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;
•Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri;
•Menjaga imej perkhidmatan awam; dan
•Yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum.


Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (Pindaan) 2002 (P.U.A.246)

•DiKuatkuasakan pada 20.6.2002, antara peraturan yang dimasukkan dalam peraturan ini adalah seperti yang berikut;
•Jenis-jenis kesalahan yang membolehkan diambil tindakan tatatertib.
•Jenis-jenis tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap pegawai yang melakukan kesalahan


Definisi


•Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua : tatatertib dapat didefinisikan sebagai peraturan yg mesti dipatuhi; disiplin.
•Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat : tindakan tatatertib pula dapat ditakrifkan sebagai hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar peraturan tatatertib perkhidmatan, organisasi dsb.

Jenis-Jenis Hukuman Tindakan Tatatertib


•Terdapat beberapa jenis tindakan tatatertib yang boleh dikenakan ke atas pegawai awam jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman. Berikut merupakan jenis-jenis tindakan tatatertib:
- Amaran -Turun Pangkat
- Denda -Buang Kerja
- Lucut Hak Emolumen -Tangguh Pergerakan Gaji

Amaran


•Amaran merupakan salah satu tindakan seorang guru itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tatakelakuan dan tatatertib.
•Amaran boleh diberi oleh seorang ketua jabatan atau pihak pentadbiran secara lisan atau bertulis.
•Amaran boleh diberikan kepada guru sebanyak 3 kali sebelum pihak sekolah mengambil tindakan yang seterusnya.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan