Golongan guru hendaklah memastikan martabat dan profesionalisme keguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 yang telahpun dibuat pindaannya pada 2002 bagi menjaga nama baik profesiĆ³n serta perkhidmatan awam.Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus difahami dengan teliti oleh golongan guru demi menjayakan matlamat pendidikan negara.
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002).
Pengenalan
Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi semua etika penjawat awam sepertimana yang termaktub di dalam Tatakelakuan (code of conducts) bagi semua penjawat awam seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D, Perintah Am (Warta kerajaan P.U.(A)395 pindaan 2002). Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.
PERATURAN 3A
Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar.
dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar.
PERATURAN 3B
Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan
dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan.
Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan
dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan.
PERATURAN 3C
Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini.
Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 4 (1)
Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan. Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran peraturan 4(1) adalah seperti berikut:
• Bersubahat dengan musuh negara
• Membocorkan rahsia Kerajaan.
• Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan.
• Menjadi Anggota Jemaah Islamiah
• Menyertai Kesatuan Militan Malaysia
PERATURAN 4(2)
Seseorang pegawai tidak boleh:
· membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya
· berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya
· berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa
· seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan /mencemar nama baik perkhidmatan awam
· seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha
· seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah
· seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab
· membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar
· membantah atau melawan pegawai atasan
· cuai dalam melaksanakan tugasnya
PERATURAN 6 :
Pakaian
Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah seperti;
· Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar
· Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain
PERATURAN 7:
Menyalahgunakan Dadah, Perkhidmatan Pegawai Boleh ditamatkan Atas Kepentingan Awam [Peraturan 49]
Sekiranya pegawai mencapai umur persaraan pilihan. Contoh pelanggaran peraturan 7 adalah menghisap ganja, morfin, heroin atau menagih dadah.
PERATURAN 9 :
Menerima/ Memberi Keraian
Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima / memberi keraian sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi kerana ini bercanggah Peraturan 4. Contoh pelanggaran peraturan 9 pula adalah seperti kontraktor meraikan ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga tender seperti [keraian = belanja makan, hotel, tambang bercuti dan lain-lain].
PERATURAN 11 :
Menyenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen/
Pendapatan Yang Sah.
Seseorang pegawai tidak boleh;
· menyenggara taraf hidup melebihi emolumen/ pendapatan yang sah.
· menguasai/memiliki sumber kewangan atau harta yang tak seimbang atau tak munasabah dengan emolumen/ pendapatan yang sah.
PERATURAN 12 :
Meminjam Wang/ Menjadi Penjamin Tidak Boleh Meminjam Wang / Menjadi Penjamin Kepada Mana-Mana Orang.
PERATURAN 13 :
Keterhutangan Kewangan yang Serius
Peraturan 13.(1):
Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.
Seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius jika (a) agregat hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya pada bila-bila masa tertentu melebihi 10 kali emolumen bulanannya.
PERATURAN 16 :
Tidak Boleh Terlibat Dalam Pasaran Hadapan
PERATURAN 18 :
Penerbitan Buku dan Karya
Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. Antara CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 18 adalah seperti menulis/menerbit buku dengan menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit).
PERATURAN 20 :
Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal
Seorang penjawat awam adalah tidak boleh menjadi penyunting akhbar/ majalah/jurnal kecuali, penerbitan
· Jabatan
· Profesional
· Pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik
· Diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan
Rumusan:
Guru merupakan seorang penjawat awam yang memegang amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh kerajaan. Sebagai penjawat awam, guru perlu menunjukkan darjah profesional yang tinggi disamping sentiasa bertindak dan berkelakuan sepertimana yang dikehendaki oleh segala peraturan kelakuan dan tatatertib yang termaktub di dalam perintah am.